Saturday 31 March 2012

ciriciri kawan yang baik :)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
* Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
* Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
* Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
* Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
* Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Berhati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
Sekadar pesanan daripada seorang sahabat kepada sahabat..

Friday 30 March 2012

sahabat , kawan dan lawan

Sepanjang kehidupan kita bakal bertemu dengan ramai orang. Mereka datang pelbagai bentuk dan rupa, hitam putih, tinggi rendah, kurus gemuk dan cantik hodoh.
Mungkin secara puratanya kita bertemu atau berkenalan dengan lebih dari 100 orang setahun. Mereka yang kita temui ini sebenarnya mempunyai klasifikasi yang berbeza. Ada yang hanya kita temui sekali dalam kehidupan dan kemudiannya tidak bertemu lagi. Ada yang kita temui itu hanyalah melalui perbualan di gagang telefon. Ada yang menjadi kawan, kawan baik, adik angkat, kakak angkat, sahabat, kekasih dan sebagainya tak kurang juga yang menjadi musuh. Cuba anda ingatkan kembali semasa anda bersekolah rendah dahulu, berapa ramaikah yang masih lagi anda hubungi? Saya percaya mungkin hanya tinggal seorang dua sahaja ke saat ini kerana mereka telahpun mengambil haluan masing-masing dan kita sendiri tak tahu di mana mereka berada pada waktu ini.
Kalau difikirkan kembali entah berapa ramai kawan yang kita temui dalam hidup ini tetapi tidak menjadi sahabat. Untuk mengenali seseorang itu sebenarnya mengambil masa yang lama tetapi ada juga diantara kita yang    mudah mempercayai seseorang walaupun hanya beberapa jam sahaja bertemu. Kata-kata kawan makan kawan selalu kita dengar tetapi saya percaya kita tak pernah bertemu dengan kata-kata sahabat makan sahabat.
Sukar juga untuk saya mencari definasi sahabat dalam bahasa Inggeris. Friend bermakna kawan, good friend pula bermakna kawan baik, best friend membawa makna kawan karib. Mungkin definasi sahabat yang paling dekat dalam bahasa Inggeris  ialah “fellow”. Semasa saya di Amerika dahulu, Orang Pakistan, orang kulit hitam dan putih yang beragama Islam bila bertemu dengan orang Islam yang lain mereka akan menggunakan perkataan “brother” yang membawa maksud adik atau abang atau saudara seagama. Ini dapat dilihat satu masa dahulu di zaman Rasullullah S.A.W. yang mana saudara seislam dikasihi dan saudara kandung yang bukan Islam diperangi. 
Dalam hal ini, kita boleh jumpa ramai kawan tetapi sebenarnya amat sukar untuk kita mencari seorang sahabat. Kawan boleh bertukar menjadi lawan. Lawan dah sememangnyalah lawan. Apapun klasifikasinya mereka tetap merupakan aset bagi kita samaada dalam bentuk teladan, pemangkin atau pemberi iktibar.
Di dalam puisi sebelum ini sahabat adalah orang yang akan membantu kita di masa kesusahan, mempercayai kita pada setiap ketika, amanah, rendah hati, mendoakan kejayaan kita dan pelbagai lagi nilai yang murni. Sahabat sebegini akan membantu anda dengan ikhlas tanpa mengenakan bayaran, kawan pula adakalanya akan membantu anda tetapi meminta balasan. Seorang sahabat pula selalunya akan dapat mengenali siapa kawannya, lawannya mahupun sahabatnya yang lain. Mungkin lebih mudah mencari seorang sahabat di masjid-masjid.
Salah satu ciri utama seorang sahabat ialah seorang sahabat yang baik akan menegur kesilapan yang kita buat. Kadang-kadang ada seseorang yang menegur kesilapan kita tetapi kita memberikan reaksi negatif lalu terus membenci mereka. Dalam hal ini kita sepatutnya menerima teguran tersebut dengan hati terbuka dan melakukan perubahan sekiranya perlu tentang kesilapan yang kita lakukan itu. Inilah salah satu lagi tanda yang kawan anda itu mempunyai nilai-nilai seorang sahabat. Begitu juga dalam perhubungan suami isteri, perhubungan yang baik mesti ada tegur menegur yang membina tapi bukannya pertengkaran. 
Dalam kisah Nabi pula, sahabat nabi Abu Bakar mendapat gelaran As Siddiq yang membawa maksud “yang membenarkan” kerana beliau mempercayai cerita Nabi Muhammad naik ke langit semasa Israq Misraj sedangkan orang lain tidak mempercayainya.
Katalah di dalam sebuah kelas Nani tertinggalkan hand phone yang mahal dan seorang Pengawal nampak Ros adalah orang terakhir yang meninggalkan kelas tersebut. Pengawal itu menuduh Ros yang mengambil hand phone itu kerana beliau orang terakhir yang meninggalkan kelas itu. Sekiranya Ros mempunyai sifat seorang kawan anda mungkin akan berkata ada kemungkinan Ros yang mengambilnya tetapi sekiranya Ros mempunyai nilai seorang sahabat yang tahu hand phone itu bukan haknya dan tak mahu mengotorkan jiwa dengan membuat dosa maka anda pasti akan menafikan sekeras-kerasnya atas tuduhan yang dikenakan pada Ros. Inilah antara perbezaan antara kawan dengan sahabat yang boleh saya simpulkan.
Mengetahui klasifikasi antara kawan, sahabat dan lawan akan dapat membantu anda mengelakkan permasalahan yang bersifat perhubungan dengan sahabat handai. Mereka yang berkahwin dengan perempuan yang mempunyai sifat-sifat seorang sahabat akan mendapat isteri yang baik dan taat kepada suaminya manakala mereka yang mempunyai ramai sahabat pula akan dapat menjalankan kehidupan dengan baik dengan sokongan padu lagi berterusan dari mereka-mereka yang bergelar sahabat ini.

Wednesday 14 March 2012

nada cinta

kite mulekan post kite nih dengan ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH . HI ! macam biase . caring dulu sebelum start tittle kat atas tuh . korang buat ape ? korang dah makan ? mesti korang dah bosan sebab kite asyik tanye bende same je kan ? yelah . kite tanye bende lain pulak . korang dah isi topup ke belum ? korang dah call bf/gf korang ? korang dah cakap 'iloveu' ke belum kat dia ? ngee . nampak kan caring kite nih . pheww . 
korang nampak tak tittle kat atas tuh ? korang nampak tak ? okay . sebelum start nada cinta , cerita ape ? try guess . mulemule , benci bilang cinta . then , cinta kirana . auuwww . kite paling suke cerita tuh . next , kejora dan bintang dan diikuti dengan cinta melody . pastuh , barulah muncul nye nada cinta . jyeeaahhhh ! kite suke tengok cinta kirana , cinta melody and nada cinta sangatsangat . nak tahu sebab ape ? sebab kat cerite tuh ade pakwe kite . alaahhhh . yang handsomehandsome tuh . yang famousfamous tuh . alaaahhh . yang name nye RANDY PANGALILA tuh . takkan tak tau kott yang kite couple ngan dia since tengok cerita cinta kirana . oh damn !! seriously , i'm falling with you lah ! *tapi , kite lagi sayang aman . 
okay . back to the story . 
sebenarnye , kite nak cerita pasal cerite tuh . kite tak berape tengok sangat tau sebab kite duduk hostel . so , banyak episod yang kite tak tengok . ermmm . tapi , ari tuh duduk rumah ninoy 3 minggu tuh kite tengok . unbelievable family dia pun layan cerite tuh . tapi , kite tengok time yang nada pergi vacation dengan member dia sebab nak habiskan duit yang papa vito suruh habiskan . diorang habiskan sebab diorang nak buat album . sriously tak paham kenape papa vito suruh diorang habiskan dalam mase dua hari kott . tapi , diorang gagal sebab nada hilang lepas si vanna yang babibutasengal tuh tolak dia dalam laut time tengah main jet ski . bangang punye vanna . nasib baiklah si vanna tuh dekat indon , kalau tak dah lame ku cungkil mate dia . geram kott time tengok episod tuh dengan mama dia . feeling lah katekan . alaahhhh . mama dia pun same je . kite tengok until vito masuk hospital sebab kene langgar dengan lori . lepas tuh dah tak tengok sebab dah kena masuk hostel balik . sedih kott . kesian dengan papa nye vito . yelah . sebab tuh je satusatu-nye anak dia . kite dengan mam ninoy nangis kott time tengok episod tuh . hebat kan kitorang . korang ade ke tengok episod tuh sampai nangis ? tak kan . then , hari tuh lepas balik dari hostel kite tengok kat umah . tuh pun malam . kite tengok yang ricky bawak mikha tuh kat tempat yang ricky selalu pergi ngan nada dulu time nada ade . ricky try supaya mikha tuh ingat yang dia tuh nada . pastu , ricky prgi bawak mikha pergi rumah rina (mama nada) . rina seronok . mulemule dia ingat kan yang ricky bawak tuh nada . tapi , mikha bagi tahu rina yang dia bukan nada . dia mikha . ape tak nye . mesti lah rina tuh sedih giler babibuta . sebenarnye , yang plan kemalangan nada tuh ialah erwin dengan mama nye rasti . babi punye erwin . dia nak kan rina tapi , dia dah bunuh anak nye rina , nada . dia ingat lepas dia bunuh nada , dia dapat kahwin dengan rina . tak lah weh !! kenape lah mama nye rasti tuh tak berubah-ubah perangai nye . nasib baik lah si rasti tuh dah berubah jadi baik . kite seronok bile tengok rasti jadi baik . and hope kekal lah sampai the ending of the story . aminn ! masalah nye sekarang satu je . kite still keliru sama ade mikha tuh sebenarnye nada atau tak . kalau ye , pelik jugaklah , asal dekat muke nye mikha tuh langsung takde kesan luke . and kalau tak , kenape muke mikha dengan nada tuh sama ? seiras pulak tuh . haiihhhh . makin lame cerite nada cinta buat kepale otak kite rase pening pulak . dah lah stay hostel . cerite tuh pun tergendala . banyak pulak tuh . bile nak tengok ulangan je , kite kene gaduh ngan adik kite dulu sebab dia nak tengok tv je . hmmppphhhhh-.-'' nak tengok kat youtube , kite ade dua masalah . first , broadband mama kite dah limit quota . second , kite tak ingat kite nak tengok episod berape . ngeee . tulah masalah nye . haaiiiihhhhh . 
anyway , kite harap kite dapat tengok ending nye . tak sabar tau kite nak tunggu ending nye nada cinte . mesti sweet kan .yelahh . tengok lah pakwe sape yang berlakon kan . eheemmm . hihii . aman tahu , mesti dia jealous plusplus kan ? ngee . kite memang suke buat dia marah . hehehee . dah lah . kite rase kite dah banyak sangat bebelbebel pasal nada cinta . kalau korang nak tau dengan lebih lanjut . korang duduk depan tv pukul 6.30 petang then , korang amik remote pastuh tekan 104 . kan senang . hahaa . amik nih . korang tenok lah gambar diorang . kbye . 


 nak cenggini :)
 haa . ni lah pakwe kite . jangan jealous tau . eh ! jangan pandang dia lebih dari 3 saat tau . anyway , muke dia ade sikit iras macam abang nye ninoy , abang alip . 


 mereka sweet kan ? sumpah jealous (!)


Monday 12 March 2012

happy birthday

ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH .
HI ! my very dearest reader . mulemule , kite nak buat baik and nak tonjolkan caring kite nih . korang semua ape khabar ? korang dah makan ? korang dah mandi ? eh ! cuti nih korang tak pergi manemane ke ? kite tak pergi kott . hurrmmmm . so okeyy . tak kesah sangat pun paling vacation . yang penting kite enjoy walaupun kite kat umah . sebenarnye , kite baru je balik dari kampung belah mama kite . tired -.- tapi , tired tuh hilang bile kite nak update blog nih .
tittle kite ari nih ialah HAPPY BIRTHDAY . korang tau tak yang kite nak wish birthday tuh untuk sape ? try guess . dia merupakan seorang yang special dalam hidup kite . actually , birthday dia bukan ari nih . birthday dia esok , 13March . kite saje nak wish awalawal . kite tahu kite bukan orang pertame yang wish dia . kenape ade orang lain yang wish dulu ? kenape ?!! kenape mesti Hotlink atau Maxis yang wish dulu . tak suke betul lah . hahahaa .
dia yang kite maksud kan ialah Amirul Faiz Bin Abdul Halim . awal kan kite wish ? nak bagi dia tua dulu leteww . ngee . anyway , tepat pukul 12 nanti , dia dah tua . ape boleh buat . nanti pimple dia tambah lagi . hehehe . jahat lah kite cakap bf sendiri macam tuh .
bie , happy birthday yang ke 16 tahun . sorry sebab tak dapat bagi apeape pun untuk birthday bie . sorry tau . anyway , baby nak cakap yang baby sayang kat bie sorang je . sorry kalau baby ade menggatal ngan lelaki lain ke kat belakang bie . alaahhh . bie pun same jugak . mesti bie pun menggatal kan dengan pompuan lain kat belakang baby . mane lah tau . tapi , untuk birthday bie kali nih , mungkin baby maafkan ea . tapi , janji jangan buat lagi tau . baby pun jani tak kan menggatal ngan lelaki lain lagi . Insyaallah . bie , baby sayang sangatsangat kat bie . bie , iloveusoooomuchhhhhhhh ! muuuaaaahhhhhhhh :*




i love you . selamat menyambut hari tua . kite sayang awak sangatsangat . 

Saturday 10 March 2012

mama linda

ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH .
HI ! dudes and girls ! lame kan kite tak update blog . rindu kat kite eh ? tahu dah . ngeee . eh ! before that . kite nak tanye nih . korang buat ape ? korang dah mandi ? korang dah makan ? korang dah buang air ke belum ? ter-over pulak . heheheheww . 
korang nampak tak tittle dekat atas tuh ? 
nampak kan ? nampak kan ? 

sebenarnye , pade tanggal 7-3-2012 ari tuh adalah hari jadi our mama linda . 7haribulan3 tuh lah Pn. Rozalinda Binti Talib dilahirkan . paham ? tapi , ari tuh , kitorang tengah ade first monthly test . so , kitorang celebrate next day nye . 
kitorang bertungkus lumus buat yang terbaik untuk celebrate birthday mama kitorang . kitorang kutip duit each student RM 2.oo . pelajar perempuan bagi kerjasama . but , a little problem for boys . biase lah . bab duit nih lelaki memang susah nak sedekah . tapi , kalau bab topup or duit minyak motor , okay je . sengal kan ? nampak sangat kedekutan diorang kan ? kitorang mintak ari isnin , but ari rabu baru dapat . tuh pun ade yang bayar lambat . terpakse cover pakai duit kelas . haiissshhh . tak paham betul . okay , back to the story . kitorang tak sempat nak bagi hadiah . so , kitorang buat kad lah . but not kitorang , just kite je yang buat . kite yang buat , diorang yang dapat name . hampeh kan ? naseb baik lah kite nih baik , rajin and creativ++ . hewhewheww . yang beli kek syikin . credit to her . dia tempah kat banting . kek choc . sedap tau . ngee . 
korang mesti nak tengok kan gambar kitorang time tuh . nah ! tengok lah . 
































 kami satu keluarga . 





 ni lah kad yang kite buat tuh . 





Friday 2 March 2012

sahabat sejati


“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…” -Pakar Diari Hati-

Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.

TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”